10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (2024)

Sub Topik

Cukai pendapatan adalah cukai yang dikenakan ke atas pendapatan daripada penggajian, komisen, kerja lebih masa, elaun, yuran pengarah, dividen, sewa, royalti, pendapatan perniagaan yang diterima oleh individu, syarikat, koperasi, persatuan dan sebagainya pada setiap tahun.

Mulai tahun 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Jadi jika anda bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Bulan untuk hantar borang cukai pendapatan dah nak sampai. Jom kita ambil tahu 10 perkara berkenaan cukai pendapatan di Malaysia seperti berikut:

1. Jumlah Pendapatan Minimum Yang Dikenakan Cukai

Bermula tahun 2015, individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 setahun (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.

Sekiranya pekerja layak dikenakan Potongan Cukai Berjadual (PCB), pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

2. Bagaimana Nak Dapatkan Nombor Cukai Pendapatan?

Boleh semak dulu nombor cukai pendapatan anda dihttp://edaftar.hasil.gov.my/semaknocukai

Kalau belum pernah ada lagi, boleh mendaftar buat kali pertama dihttp://edaftar.hasil.gov.my

3. Apakah Yang Patut Saya Lakukan Jika Saya Layak Dikenakan Cukai?

Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan juga boleh dibuat di cawangan yang berhampiran.

Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:

  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar seperti di point #2 di atas.

4. Apa Itu e-Daftar?

e-Daftar adalah aplikasi permohonan pendaftaran fail cukai pendapatan untuk pembayar cukai baru mendapatkan nombor rujukan cukai.

Jika anda merupakan warganegara Malaysia yang menjalankan perniagaan, anda juga perlu memuat naik sijil pendaftaran perniagaan.Pendaftaran fail cukai syarikat perlu dibuat sebaik sahaja syarikat telah berjaya ditubuhkan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) walaupun syarikat belum memulakan operasi.

* Nota tambahan – Sekiranya tiada dokumen lengkap diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dan pemohon dikehendaki membuat semula permohonan baru berserta dokumen yang lengkap

5. Pelepasan Cukai

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (1)

Pelepasan cukai merujuk kepada perbelanjaan-perbelanjaan atau perkara-perkara yang dibenarkan untuk ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan supaya dapat mengurangkan pendapatan bercukai.

Senarai pengecualian cukai ini akan berubah-ubah kerana ia bergantung kepada dasar kerajaan yang diumumkan dalam Bajet Kerajaan pada bulan Oktober setiap tahun.

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (2)

Sumber: Laman Web LHDN

J.A.N.G.A.N nak tipu-tipu pula dekat bahagian pelepasan ni.

  • Peralatan penyusuan tu pembayar cukai wanita (isteri) saja yang boleh tuntut.
  • Perbelanjaan perubatan penyakit tu untuk sakit yang sukar diubati. AIDS, sindrom Parkinson, barah, penyakit buah pinggang, leukemia dan lain-lain penyakit yang serupa yang lain. ‘Lain-lain penyakit yang serupa’ termasuk serangan jantung, pulmonary hypertension, penyakit hati kronik, fulminant viral hepatitis, trauma kepala dengan defisit nurologikal, ketumbuhan otak dan kecacatan kepada pembuluh darah, melepuh dan melecur yang keterlaluan, pemindahan organ, pemotongan kaki dan/atau tangan.Perbelanjaan ke klinik masa demam selsema biasa-biasa tu jangan pula tuntut.
  • SSPN tu pula silap haribulan LHDN dah ada siap-siap maklumat penabung.
22 Cara ‘Elak’ Daripada Kena Bayar Cukai Pendapatan Secara Sah

6. Kadar Cukai Pendapatan

Secara umumnya, individu yang berpendapatan lebih tinggi akan dikenakan kadar cukai yang lebih tinggi juga setimpal dengan pendapatan yang diperolehi.

Kadar peratusan serendah 1% dan paling tinggi 28%

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (3)

Sumber: Laman Web LHDN

7. Apa Itu Potongan Cukai Berjadual (PCB)?

PCB adalah satu mekanisme potongan cukai pendapatan secara berjadual. Ia dapat membantu untuk mengurangkan beban membayar cukai kerana bayaran dilakukan secara potongan bulanan, ditolak daripada gaji yang diterima.

Kerja Makan Gaji Perlu Tahu Potongan Cukai Berjadual (PCB)

8. Hantar Borang Online Menerusi e-Filing

Setiap tahun pada bulan Mac dan April, adalah bulan cukai di mana biasanya kita dapat lihat ‘pesta’ di pejabat-pejabat LHDN yang dipenuhi manusia. Tapi sekarang dah moden, boleh saja kita setelkan secara online menggunakan sistem e-Filing.

Jadi apa itu e-Filing?

Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. BNCP dan borang anggaran yang disediakan dalam e-Filing adalah seperti berikut:

  • Borang B/BT (e-B/e-BT) – Ada Punca Pendapatan Perniagaan/Pekerja Berpengetahuan atau Berkepakaran
  • Borang BE (e-BE) – Tiada Punca Pendapatan Perniagaan
  • Borang P (e-P) – Borang Nyata Perkongsian
  • Borang M/MT (e-M/e-MT) – Borang Nyata bagi Individu Bukan Pemastautin/Pekerja Berpengetahuan
  • Borang E (e-E) – Borang Nyata Oleh Majikan
  • Borang C (e-C) – Borang Nyata Syarikat
  • Layout Maklumat Praisi 2017 – Borang Nyata Koperasi
  • Borang R (e-R) – Penyata Baki 108 Tersemak
  • Borang CP204 (e-CP204) – Borang anggaran cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah
  • Borang CP204A (e-CP204A) – Borang pindaan cukai Syarikat/Koperasi/Badan Amanah Pindaan ke-6 atau Pindaan ke-9
  • Borang TF (e-TF) – Borang Nyata Pertubuhan
  • e-Permohonan Pindaan BE – e-Permohonan Pindaan BE adalah permohonan pindaan atas kesilapan atau khilaf bagi Borang Nyata Cukai Pendapatan yang telah dikemukakan secara e-Filing atau m-Filing dalam tempoh
  • Semakan Pengesahan – Semakan semula pengesahan penerimaan borang yang telah dihantar secara e-Filing. Pengguna boleh menyimpan ataupun mencetak semula pengesahan tersebut.

9. Terlupa Kata Laluan e-Filing?

Haruslah kita terlupa, sebab e-Filing ni setahun sekali saja. Kadang-kadang emel pun dah bertukar, apatah lagi kata laluan terlupa.

Senang je, bila nak login tu akan ada butang ‘Terlupa Kata Laluan’.

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (4)

Bila kita klik, akan keluar seperti berikut:

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (5)

Arahan #2 tu kata kalau no. telefon bimbit anda berdaftar dengan LHDNM, boleh mohon Kod Pengaktifan sem*ntara melalui SMS.

  1. Permohonan Kod Pengaktifan sem*ntara melalui SMS adalah bagi pengguna MAXIS, Celcom, Digi dan Umobile sahaja. Pengguna perlu mempunyai no. telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM.
  2. Cara untuk mendapatkan kod pengaktifan sem*ntara :

    Pengguna sijil digital individu, hantar “HASILEF<jarak>IND<jarak><No Pengenalan>” ke 38888.

    Contoh : HASILEF IND 111111111111

    Pengguna sijil digital organisasi, hantar “HASILEF<jarak>IND<jarak><No Pengenalan>” ke 38888.

    Contoh : HASILEF OEF 111111111111

  3. Setiap SMS maklum balas daripada LHDNM akan dikenakan bayaran RM0.50.

Sumber: LHDN Terlupa Kata Laluan

10. Cara Bayar Cukai Pendapatan

a) Melalui FPX
Perkhidmatan ini menggunakan FPX sebagai gateway untuk pembayaran cukai. Pengguna perlu mempunyai akaun perbankan internet dengan mana-mana bank yang menyertai FPX.

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (6)

b) Melalui Kad Kredit
Pembayaran melalui kad kredit seperti VISA, Mastercard dan American Express yang dikeluarkan di Malaysia secara online di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/

Juga boleh menggunakan perkhidmatanEzypay untuk pemegang kad kredit Maybank.

c) Melalui Kaunter Bayaran

Bayaran cukai pendapatan juga boleh dibuat di kaunter bayaran LHDNM (Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah & Kuching, Sarawak).

Sebarang maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN diwww.hasil.gov.myatau hubungi Pusat Panggilan di talian 1-800-88-5436.

Membayar Cukai Tanggungjawab Kita Bersama

Bersyukurlah kita tergolong dalam golongan orang yang mempunyai gaji yang besar berbanding kebanyakan orang lain di Malaysia. Oleh itu, jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dengan mengisytihar pendapatan dan juga membayar cukai pendapatan setiap tahun.

Bila sebut sahaja LHDN, rata-rata akan tersentap mendengar 4 huruf berbisa ini yang langsung berkait rapat dengan cukai. Topik cukai bukanlah satu isu yang asyik dibincangkan. Malah, mereka yang bukan dari golongan pembayar cukai akan cepat-cepat tutup telinga dan melarikan diri dari isu panas ini.

Sebenarnya, isu cukai adalah topik yang menyeronokkan dan patut diambil berat oleh semua individu yang menjana pendapatan lebih dari RM36,000 SETAHUN, lebih-lebih lagi usahawan dan mereka yang memiliki perniagaan. Kurang daripada itu, anda sebenarnya tak perlu takut.

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (7)

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (8)

10 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia - Majalah Labur (2024)
Top Articles
Some Of The Finest Minecraft Mods For Gamers
How To Port A Phone Number Away From Verizon - Nerd Techy
Ohio State Football Wiki
Michigan Lottery Predictions For Today
Blowupgirls Thread
Wow Genesis Mote Farm
Syrie Funeral Home Obituary
Melia Nassau Beach Construction Update 2023
Ms Ortencia Alcantara Instagram
Joann Ally Employee Portal
Update | Een maand afvallen met NBFM (+ recept & snacktips!) - Mama's Meisje
United Dual Complete Providers
Top Scorers Transfermarkt
Dd Codeshare
Caldwell Idaho Craigslist
Texas (TX) Lottery - Winning Numbers & Results
Grizzly Expiration Date 2023
Sound Of Freedom Showtimes Near Sperry's Moviehouse Holland
Members Mark Ham Cooking Instructions Recipes with ingredients,nutritions,instructions and related recipes
Nail Shops Open Sunday Near Me
Gebrauchte New Holland T6.145 Deluxe - Landwirt.com
Ninaisboring
O'reilly's In Mathis Texas
Food Lion.com/Jobs
Dr Seuss Star Bellied Sneetches Pdf
Eurail Pass Review: Is It Worth the Price?
Ipayonline Azsdu Net
Eureka Mt Craigslist
Cia Decrypter
Ati System Disorder Hypertension
Lil Coffea Shop 6Th Ave Photos
Visit Lake Oswego! - Lake Oswego Chamber Of Commerce
Best Hs Bball Players
Any Ups Stores Open Today
M3Gan Showtimes Near Cinemark North Hills And Xd
Bing Chilling Copypasta - Ricky Spears
Current Students - Pace University Online
Indiana Immediate Care.webpay.md
EU emissions allowance prices in the context of the ECB’s climate change action plan
Boostmaster Lin Yupoo
Weather Radar Jamestown
Best Pizza In Ft Myers
Hypebeast Muckrack
eCare: Nutzung am PC | BARMER
Bad Moms 123Movies
Jefferey Dahmer Autopsy Photos
8 Internet Celebrities who fell prey to Leaked Video Scandals
ᐅ Autoverhuur Rotterdam | Topaanbiedingen
Exceptions to the 5-year term for naturalisation in the Netherlands
Costco Gas Price Pembroke Pines
Cnas Breadth Requirements
What stores are open on Labor Day 2024? A full list of where to shop
Latest Posts
Article information

Author: Lidia Grady

Last Updated:

Views: 5835

Rating: 4.4 / 5 (65 voted)

Reviews: 80% of readers found this page helpful

Author information

Name: Lidia Grady

Birthday: 1992-01-22

Address: Suite 493 356 Dale Fall, New Wanda, RI 52485

Phone: +29914464387516

Job: Customer Engineer

Hobby: Cryptography, Writing, Dowsing, Stand-up comedy, Calligraphy, Web surfing, Ghost hunting

Introduction: My name is Lidia Grady, I am a thankful, fine, glamorous, lucky, lively, pleasant, shiny person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.